Strategi Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang murid untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran. Seseorang murid dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000).
Definisi khas bagi pembelajaran berpusatkan murid ialah tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid sebagai individu, memberi pilihan kepada murid jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Definisi Pembelajaran berpusatkan murid juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain, murid bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasidua hala antara guru dan murid. Selain itu, guru melibatkan murid secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala murid yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, pengetahuan sedia ada murid dan seterusnya memberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.
Konsep Pembelajaran Berpusatkan Murid
Dalam strategi pemusatan murid ini, murid memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid sebagai fokus utama dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran ( melalui kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain-lain).
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting,sedangkan peranan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya murid berfikir dan bertindak balas memberi jawapan. Ciri kepimpinanan guru bersifat demokratik dalam strategi ini. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Keadaan ini menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilik darjah.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Ujian formatif lebih ditekankan dan keputusan ujian kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid.
Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuatkesimpulan sendiri. Peluang interaksi diantara murid adalah banyak dan sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur selalu dipupuk.
Strategi pemusatan murid juga mementingkan pengolahan kaedah kumpulan. Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.
Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan serta beberapa bentuk perbincangan. Strategi pemusatan murid ialah termasuk menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat berinteraksi dengan guru dan murid lain.
Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dikalangan murid.
Selain itu, pembelajaran berpusatkan murid mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalammembentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.
Namun begitu, guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka. Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan murid iaitu :

a) Daya berfikir, minat dan perbezaan individu murid merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan murid secara aktif, dimana guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
c) Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.
d) Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.
Ciri-ciri pemusatan murid ialah;
- Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
- Komunikasi dan inteaksi dua hala di antara guru dan murid. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas.
- Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka.
- Strategi pengajaran dan pembelajaran mementingkan pencapaian objektif pelajaran oleh murid.
- Perkembangan murid adalah secara menyeluruh; rohani, jasmani, emosi dan intelek.
- Ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid.
- Gaya penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran bermakna supaya murid fakta-fakta yang disampaikan dan berupaya membuat kesimpulan.
- Peluang intekasi antara murid adalah banyak dan sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bertolak ansur dapat dipupuk.
- Strategi mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberi perhatian.
- Murid-murid berupaya menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
0 comments:
Post a Comment