Pages

Ads 468x60px

Friday, 30 January 2015

Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Antologi Ting.4 bermula sesi 2015 ;








Senarai judul karya dalam Antologi Komsas Baharu Tingkatan 4/2015
 

Puisi Tradisional

1. Syair Bidasari 

2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 


Puisi Moden

1. Sang Gembala Kuda - Mohd Hashim Othman

2. Aku Membaca Lagi - Razali Mohd. Yussof

3. www.sibermerdeka.com.my - Abdul Ghaffar Ibrahim

4. Gelanggang - Onn Malini


Prosa Tradisional

1. Kepimpinan Melalui Teladan

 
Cerpen

1. Kaduk, Ayam dan Raja - Zurinah Hassan

2. Munsyi - Husna Nazri

3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul - Maskiah Haji Masrom

 
Drama

1. Berkhidmat untuk Negara - Affix Zulkarnaen Adam

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)             

Sinopsis
 
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  

Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. 

Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.            Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.  Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. 

Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa. 

Tema

Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.  

Persoalan

Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang. 

Plot 

Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam dengan raja.  Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang sebenarnya miliknya sendiri. 

Perkembangan

Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti  bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran  ke universiti.  Hakim semakin sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya.  Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelut keluarganya itu.  Usaha Hakim berjaya.Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu walaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit.  Untuk melialisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul ialah  pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan.Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan projek pun bermula.Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang membawa ayam melalui jalan.  Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan. 

Klimaks

Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam kepadanya.  Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal. 

Peleraian

Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya  yang terpaksa akur pada golongan yang berkuasa. 

Teknik Plot 

Pemerian

Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina reban ayam tertutup. Sebagai contoh dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu. 

Dialog

“Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam 

Imbas muka

Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial.” 

Imbas kembali

“Kau ingat kan , tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.” 

Kejutan

Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku.Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan.Dari tiga belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain. 

Watak dan Perwatakan 

Hakim

Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.

Seorang yang berani memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

Seorang yang tabah menghadapi masalah. Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.

Seorang yang rajin menuntut ilmu.  Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. 

Azam

Sahabat baik Hakim semasa di universiti.

Seorang yang suka membantu orang lain.  Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.

Seorang yang rajin menuntut ilmu.  Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya.

Seorang yang prihatin. Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.  

Kaduk

Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.

Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.

Seorang yang mentaati raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta oleh raja.  

Raja

Seorang yang suka bersabung ayam.  Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.

Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.  Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.  

Latar

Latar masa

Zaman lampau. Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.

Zaman selepas merdeka. Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.

Dalam masa setahun.  Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan perternakan ayamnya.       

Latar tempat

Mahkamah. Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.

Tanah Kaduk. Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.

Kampung. Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka.

Universiti. Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti  yang sama.

Latar masyarakat

Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.

Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.

Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.

Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk. 

Gaya Bahasa

Sinkope

Sebagai contoh: kau, ku

Pengulangan kata

Sebagai contohnya: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.

Kata ganda

Sebagai contonya: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah –tanah.

Bahasa Arab

Sebagai contoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah

Bahasa Inggeris

Sebagai contoh Global Chiken  

Simile

Sebagai contoh : Bank akan merampas tanahku tak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.

Personifikasi. 

Sebagai contoh; Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar. 

Nilai

Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.

Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Nilai kegigihan.Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Nilai keprihatian. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.

Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar  milik datuk hakim. 

Pengajaran

Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain.  Sebagai contoh Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.

Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.

Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.

Kita hendaklah menolong  golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim. 

Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah.  Sebagai contoh Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.  



MUNSYI

Sinopsis

            Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.  Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.  Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.  Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.  Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.  Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.

            Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’.  Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.  Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.  Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.  Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.  Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.  Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

Tema

Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. 

Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

Persoalan
  1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
  1. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya,  pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.
  1. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
  1. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
  1.  Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

Plot

Permulaan

Cerpen dimulakan dengan kisah ‘saya’ tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak muda di kota.

Perkembangan
  1. Bonda pernah bercerita pada ‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini.
  2. Setelah Negara merdeka, perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
  3. Ibu menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini.  ‘Saya’ juga membaca membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa ‘saya’
  4. Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk membaiki taraf hidup saya.  ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi.
  5. Di Bandar ,’saya’ dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai murni dan batas kehidupan.
  6. ‘Saya’ mendengar berita kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
Klimaks

Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ.

Peleraian

Berhari-hari aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

Teknik Penceritaan
  1. Dialog
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
  1. Imbas kembali
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
  1. Imbas muka.
Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
  1. Pemerian.
Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. 
  1. Kejutan.
Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
  1. Saspens.
Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

Watak dan Perwatakan

Watak utama
  1. ‘Saya’
    1. Seorang yang taat
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
  1. Seorang yang amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar
  1. Seorang yang gemar membaca
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
  1. Seorang yang tidak mudah putus asa
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Watak sampingan
 
Bonda ‘saya’
  1. Seorang yang berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
  1. Seorang yang bersifat patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
  1. Seorang yang amat memahami
Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
 
Munsyi
    1. Kawan lama bonda.
    2. Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
  1. Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.

Latar
Latar masa
  1. Zaman pemerintahan penjajah
Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.
  1. Zaman selepas merdeka
Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.

Latar tempat
  1. Di kampung
Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
  1. Di kota
‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
  1. Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota
Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.

Latar masyarakat
  1. Masyarakat kampung.
‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
  1. Masyarakat remaja yang tinggal di bandar.
‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
  1. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.
Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
  1. Masyarakat yang cekal dan berani.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

Gaya bahasa
  1. Kata ganda
Zaman- berzaman
  1. Metafora.
Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
  1. Peribahasa.
Bahasa jiwa bangsa
  1. Simile
Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.
  1. Hiperbola
Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.

Nilai
  1. Patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
  1. Ketaatan.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
  1. Kegigihan
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
  1.  Amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

Pengajaran.
  1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu.
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
  1. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
  1. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
  1. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Soalan
  1. Mengapa bonda tidak membenarkan ‘saya’ berhijrah ke kota?
  2. Gambarkan perwatakan fizikal Munsyi ketika ‘saya’ bertemunya pada kali pertama.
Jawapan
  1. Bonda tidak membenarkan ‘saya’ berhijrah ke bandar kerana pada pendapat bonda ‘saya’ masih belum mantap ilmu agama dan bahasa ibunda.
  2.  
  3. Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. 


J
AKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL ( Maskiah Haji Masrom )


 
SINOPSIS
Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.
Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

TEMA

Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.

PERSOALAN 
  1. Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.
  1. Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.
  1. Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
  1. Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.
  1. Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

PLOT
  1. Permulaan
Aku mengikuti rombongan Passage Tours and Travel ke negara Turki. Dengan berbekalkan AS$400 yang bersamaan dengan RM1,800.00, dia telah menyenaraikan barang-baang yang ingin dibeli. Antaranya, cenderamata untuk keluarga, untuk saudara-mara, kawan pejabat dan kenalan rapat, untuk pensyarah-pensyarahnya yang banyak membimbingnya semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan untuk dirinya sendiri, memadai membeli beberapa buah buku terbitan Turki.
  1. Perkembangan
Aku mengisahkan bagaimana dia terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul pada hari kelima lawatannya ke Turki. Dia tidak berniat langsung untuk membeli jaket tersebut. Ahli rombongan dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapannya di Hotel Senator. Sebelum sampai di Istanbul, Aku telah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, Aku telah mendapatkan cenderamata yang popular dan unik.
  1. Klimaks
Aku disapa oleh seorang lelaki berbaju T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan dari sebuah kedai jaket kulit. Aku tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat untuk membelinya tetapi tidak berani kerana tidak mengetahui harganya dan takut akan ditipu oleh penjualnya. Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket kulit itu dan mencuba sehelai jaket kulit berwarna hitam, namun dia tidak berniat untuk jaket tersebut kerana harga yang ditawarkan diluar kemampuannya. Akhirnya berlaku perbalahan antara Aku dan pekedai Turki itu. Aku berasa tersentak dengan sikap pekedai Turki yang menghinanya dan aku juga berasa terkilan kerana tertipu dengan layanan mersa yang telah diberikan oleh pekedai Turki itu.
  1. Peleraian
Sewaktu beratur untuk menaiki feri ke Selat Bhosporus, seorang lelaki tua telah meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di atas lengannya. Shahmeem menunjukkan minat untuk membeli jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun apabila dicubanya, jaket itu bersaiz kecil lalu menjualkannya kepada Aku dengan mengurangkan AS$20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Aku memandang jaket kulit kijang itu, lalu membayangkan kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjual jaket kepada Shahmeem, kegembiraan Shahmeem yang berjaya menjualkannya kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat menghangatkan badannya sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin. Akhirnya kegembiraannya itu ingin dikongsi dengan orang lain iaitu dengan berhasrat menjual jaket tersebut di kedai pakaian terpakai dan wang yang diperoleh didermakan kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.
TEKNIK PLOT
  1. Imbas Muka
Contoh: Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di situ..
  1. Imbas Kembali
Contoh: Entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja.
  1. Saspens
Contoh: Perbalahan antara aku dan pekedai Turki membuatkan aku ingin melangkah keluar tetapi dihalang oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.
  1. Monolog
Contoh: Aku terpaku seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat menggembirakan Shahmeem?
  1. Dialog
Contoh: “Dah beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah.
“Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga
AS$150 sat jaket,” terang Haji Helmi sambil menunjukkan beg
plastiknya.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Aku ( Mas ) –
Seseorang yang :-
  1. Gemar membaca.
Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.
  1. Baik dan murah hati.
Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.
  1. Berbudi bahasa.
Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
  1. Tidak boros berbelanja.
Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.
  1. Sayang akan haiwan.
Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.
  1. Bersederhana apabila berbelanja.
Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah diperuntukan.

Watak Sampingan
Pekedai Turki–
  1. Pemuda berkulit putih
  2. Mempunyai kumis. (misai)
  3. Fasih berbahasa inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
  4. Peramah dan mesra
Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di kedainya.
  1. Tidak berputus asa
Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.
  1. Pandai mengambil hati
Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.
  1. Cepat marah
Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya walaupuan telah mencubanya.
Polis Turki –
  1. Lelaki dewasa
  2. Bertubuh tegap
  3. Berbaju T dan berseluar panjang
  4. Berwajah serius –
Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.
Shahmeem –
  1. Kawan kepada Aku
  2. Mudah terpengaruh
Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.
  1. Murah hati
Shahmeem bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.

LATAR
Latar tempat.
  1. Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
  2. Grand Bazaar – Pusat membeli belah.
  3. Kedai menjual jaket kulit –
  4. tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
  5. Tempat Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna kuning keemasan.
  6. Tempat Aku mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi.
  7. Pigeon Valley – Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
  8. Gunung Bolu – Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta.
  9. Masjid Ulu – bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
  10. Masjid Biru – tempat Aku menunaikan solat jamak.
  11. Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
  12. Terminal feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran gelap dengan harga AS$120.

Latar masa
  1. Malam – Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
  2. Siang –Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.
  3. Semasa aku dan rakan-rakannya sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus.
Latar masyarakat
  1. Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
  2. Masyarakat yang bekerjaya untuk menampung kehidupan seharian.
Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.
  1. Masyarakat yang tidak berkemampuan.
Wanita tua yang menjual makanan burung, remaja kurus dan lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap, dan pengemis –pengemis seperti pengait benang yang diberi sedekah oleh Aku, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
  1. Masyarakat yang suka melancong.
Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara Turki.
  1. Masyarakat yang suka akan kemewahan.
Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
  1. Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan.
Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan diri.
GAYA BAHASA
  1. Kata ganda -
  2. cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;
  3. Aku bercadang untuk membelikan professor Siti Zainon, Dr Shaiful Bahri dan Dr Rosnah sesuatu yang boleh dijadikan kenang-kenangan.
  4. Matanya bercahaya-cahaya.
  5. Bahasa Asing – a) bahasa inggeris (“Hello lady! …. “ , “Please… “ )
  6. bahasa Arab. – Assalamualaikum, solat jamak, al- mathurat
  7. Sinkope – ‘Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita tengok kat Grand Bazaar semalam. Murah ke?”
NILAI
  1. Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya.
  2. Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.
  3. Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
  4. Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
PENGAJARAN
  1. Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian maupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
  1. Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.
Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
  1. Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.
  1. Kita patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.

 
DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
SINOPSIS
 
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggaoab bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali member galakan dan kata-kata perangsang kepada
Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah menlayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.
PEMIKIRAN
 
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negeatif tentang PLKN. – Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.
PERSOALAN
  1. Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.
Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan sekolah.
  1. Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaan.
Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti.
  1. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak
Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara.
  1. Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan pelajar
Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.
PLOT
  1. Permulaan
    • Aiman menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Posmen yang menyampaikannya cuba member penenrangan kepada Aiman tentang manfaat PLKN apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat tersebut. Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek Sinah yang melayannya seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung dan kesal akan sikap Aiman dan layanan keluarganya yang mementingkan wang ringgit sahaja 
  2. Perkembangan
    • Perbualan antara Aiman dan rakan-rakannya di sekolah tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah. Cikgu Dahari memberi penerangan yang jelas tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Beliau menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan memberikan jawapan yang positrif agar mereka berasa seronok untuk menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara 
  3. Perumitan
    • Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila Aiman dan Datin Masnah menyuruh Khir Ghazali menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian agar Aiman tidak menyertai PLKN. Khir Ghazali berasa marah dan kesal dengamn sikap isteri dan anaknya yang mempunyai tanggapan dan negative tentang PLKN 
  4. Peleraian
    • Aiman melayari internet di biliknya dan ketika melayari beberapa sesawang, dia terbaca berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera sumbang di sekolah berjaya memperoleh anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakkas di Desaru Johor. Manakala Ziman yang kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman sedar akan PLKN dan bertekad untuk menyertainya.
TEKNIK PLOT
  1. Monolog Dalaman
Aiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.
  1. Pemerian
Pada permula cerita pengarang menggambarkan keadaan keluarga Aiman yang hidup mewah dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya menjadi seorang remaja yang manja dan malas.
  1. Imbas Muka
Aiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman mendapati keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam sejuk dan membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam fikirannya ketika bermimpi.
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama

Aiman
  1. Seorang remaja berusia kira-kira 16 tahun
  2. Berasal daripada keluarga yang berada
  3. Seorang yang agresif. Contoh: bersifat kasar terhadap pembantu rumah yang melayannya dengan baik dan mesra
  4. Seorang yang malas dan mesra. Contoh: segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu masalah , dia akan tidur.
  5. Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat. Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu bercuti di luar negara.

Watak sampingan
  1. Khir Ghazali
  • Ayah kepada Aiman
  • Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
  • Seorang yang tegas. Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman
  • Seorang yang sensitive. Contoh: apabila isterinya bertegang leher dengannya ubntuk tidak menghantar Aiman ke PLKN, beliau berasa tersinggung lalu beredar meninggalkan tempat perbincangan mereka.
  1. Masnah
    • Ibu kepada Aiman
    • Berpangkat datin
    • Seorang yang suka berfikiran negative. Contoh: beranggapan bahawa PLKN membahayakan nyawa anaknya dan turut menyokong hasrat anaknya untuk menghadiri PLKN
    • Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh untuk kepentingan sendiri. Contoh: Datin Masnah meminta suaminya menggunakan kedududkan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya daripada menghadiri PLKN.

  1. Cikgu Dahari
  • Seorang guru
  • Terlibat dengan PLKN dalam penghasilan modul program Penghayaran Sastera dan budaya
  • Seorang yang berfikiran positif. Contoh apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan zaman moden, Cikgu Dahari menafikan pendapat tersebut dengan menerangkan bahawa keselamatan peserta sentiasa terjamin. Beliau juga menenrangkan peranana sastera dan budaya dalam kalangan masyarakat.
  • Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada anak murid. Contoh: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja mereka yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.
  1. Posmen
  • Seorang yang berfikiran positif. Contoh: Apabila Aimanmenyuruh posmen membuang surat Jabatan Latihan Khidmat Negara, posmen telah memberi nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran dan pengalaman yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.
  • Seorang yang amanah. Contoh: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.

LATAR
  1. Latar masa
    • Alaf baru (Program PLKN – bermula tahun 2004)
    • Waktu tengah hari. Contoh: Aiman menerima sepucuk surat ketika duduk bersantai di rumah.
: Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari
  • Waktu pagi
Contoh: Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka
  • Waktu petang
Contoh: Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di rumah.

  1. Latar tempat
  • Rumah Aiman.
Contoh: Peristiwa Aiman menerima surat daripada Jabatan latihan Khidmat Negara
: persitiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN
  • Sekolah Menengah
Contoh: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan.
: Cikgu Dahari menerangkan kepada anak-anak muridnya tentang manfaat PLKN dan bagaimana program itu dijalankan.
  1. Latar masyarakat
  • Masyarakat bandar yang sibuk bekerja . contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.
  • Masyarakat yang penyayang
Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.
  • Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab
Contoh: Posmen dalam drama ini mengedarkan surat kepada penerima dengan penuh tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa surat itu adalah amanah masyarakat terhadapnya.
  • Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan. Contoh: Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit
  • Masyarakat yang berfikiran positif. Contoh: Walaupun Khir Johari mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk membantu Aiman mengecualikan diri daripada menyertai PLKN, namun Khir Ghazali mahu anaknya menyertai program tersebut kerana beliau tahu bahawa anaknya akan memperoleh banyak manfaat daripada PLKN. : Cikgu Dahari menerangkan tentang kebaikan PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan negative mereka terhadap program tersebut dan memberikan sumbangan mereka kepada negara. Contoh: Apabila Aiman meluahkan perasaannya yang memandang rendah terhadap PLKN, Posmen bertindak menyedarkannya dengan menceritakan bagaimana anak jirannya yang pemalas berubah sikap setelah menyertai PLKN.
GAYA BAHASA
  1. Sinkope
Contoh: kata singkatan ‘tak’ dalam ayat. Saya tak berminat langsung (m.s 3)
  1. Inversi
Contoh: amanah orang semua surat ini (m.s 4)
  1. Peribahasa
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. (m.s 7)
  1. Bahasa asing
Contoh: penggunaan perkataan bahasa Inggeris daddy, mummy (m.s 14)
  1. Simile
Contoh: perkataan ‘macam’ dalam ayat, Nak angan-angan macam Mat Jenin
NILAI
  1. Nilai amanah
Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat
  1. Nilai kasih sayang
Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.
  1. Nilai bertanggungjawab
Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman
  1. Nilai cinta akan tanah air
Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita
PENGAJARAN
  1. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri
  2. Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas. Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah
  3. Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan. Contoh: Masnah tidak memberi galakan kepada anaknya untuk menyertai PLKN malah memberitahu suaminya bahawa program tersebut mungkin membahayakan nyawa anaknya. Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.
Prosa Tradisional
(Kepimpinan Melalui Teladan)
SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.
  
Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
 
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
 
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
 
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
TEMA
Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.
PERSOALAN
  1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
  2. Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
  3. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
  4. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
  5. Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.
WATAK DAN PERWATAKAN  
  1. Laksamana
    • Seorang yang berani
    • Seorang yang pemurah
    • Seorang yang bijaksana
    • Cinta akan keamanan negara
      • Taat setia kepada pemerintah
      • Pandai dalam ilmu kesaktian
      • Memiliki sifat kepahlawanan

  1. Kertala Sari
    • Anak kepada Petala Bumi
    • Berasal dari Majapahit
    • Seorang pencuri yang handal
    • Seorang yang tamak dan angkuh
    • Seorang pendendam
    • Pandai dalam ilmu kesaktian
    • Suka membuat huru hara
    • Taat kepada pemerintah

  1. Sultan Melaka
    • Seorang yang prihatin
    • Seorang pemimpin yang adil
    • Seorang yang mengenang budi

  1. Patih Gajah Mada
    • Berasal dari Majapahit
    • Seorang pendendam
  
LATAR
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
  1. Masyarakat yang bertanggungjawab
Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.

3. Masyarakat yang mengenang budi
Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.

4.Masyarakat yang taat pada pemerintah
Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.

Latar Tempat
  1. Negeri Melaka
Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka
  1. Majapahit
Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.
  1. Di tengah pasar
Contoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.

Latar Masa
  1. Malam
Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.
  1. Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.
GAYA BAHASA
  1. Bahasa istana
Contoh: sultan, patik, tuanku,
  1. Bahasa pinjaman bahasa Jawa
Contoh: manira,kula,pakanira
  1. Kata ganda
Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak

NILAI
  1. Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
  1. Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.
  1. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
  1. Nilai pemurah
Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.

PENGAJARAN
  1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
  2. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
  3. Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia. 
  4. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan

5 comments:

  1. Assalammuallaikum, Perkenalkan saya Iis from Indonesia. Tertarik sangat ingin membaca buku Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul. Mohon informasinya, dimana saya bisa mendapatkan buku itu di Indonesia? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di popular

      Delete
    2. I am Zayn Malik .Hey guys pls listen to PILLOW TALK my new single! Assalamualaikum.

      Delete
  2. buku yang menarik... mungkin bisa di edarkan di gramedia agar makin banyak orang yang bisa membacanya
    post by fakta anak kedua mengatasi rasa malas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->