Pages

Ads 468x60px

Saturday 6 July 2013

Model Taba dan Model Tyler

Taba s inverted model

Menurut Taba pembangunan model ini lebih mendorong inovasi dan kreativiti guru-guru, karena bersifat induktif, yang merupakan inverse atau arah yang terbalik dari model tradisional. Model ini terdiri dari lima langkah iaitu:

Mengadakan unit-unit eksprimen bersama guru-guru, unit yang dieksprimen meliputi: mendiagnosis keperluan, merumuskan tujuan-tujuan khusus, memilih isi, menyusun isi, memilih pengalaman belajar, menyusun pengalaman belajar, menilai dan melihat sekuens dan keseimbangan.
Menguji unit eksprimen, yang bertujuan untuk mengetahui kesahihan, keperaktisan serta serta kelayakan penggunaannya.

Mengadakan semakan dan penyatuan (tahap perbaikan dan penyempurnaan serta penarikan kesimpulan).
Pembangunan keseluruhan kerangka kurikulum yang dilakukan untuk mengetahui apakah konsep-konsep dasar atau landasan-landasan teori yang dipakai sudah masuk atau sesuai.

Model Tyler
Model kurikulum ini termasuk model kurikulum yang paling klasik dan mendasari model-model yang lain. Dalam bukunya yang mahsyur iaitu; basic principles of Curriculum and Instruction. Tyler, (Oliva 199; 165) mengesyorkan bahawa perancang kurikulum untuk mengindetifikasi tujuan umum dengan mengumpulkan data dari tiga sumber: pelajar, kehidupan kontemporari di luar sekolah, dan mata pelajaran. Setelah mengindetifikasi beberapa tujuan umum, perancang kurikulum mengisi dengan memilah menjadi dua aliran utama; pendidikan dan falsafah pendidikan bagi sekolah dan psikologi pembelajaran. Tujuan umum dengan meningkatkan menjadi tujuan pengajaran khusus. Dalam menggambarkan tujuan umum, Tyler merujuknya sebagai tujuan, tujuan pendidikan jangka menengah dan tujuan pendidikan jangka panjang.Tyler, (hamalik 2000:39) merumuskan empat soalan sentral yang meminta jawaban secara rasional bagi perancangan kurikulum ialah:
1. Apa tujuan yang harus dicapai oleh sekolah?
2. Apa pengalaman-pengalaman belajar yang dapat disediakan untuk mencapai tujuantujuan tersebut
3. Bagaimana mengorganisasikan pengalaman-pengalaman tersebut?4. Bagaimana kita boleh memutuskan apakah tujuan-tujuan tersebut tercapai?
Soalan-soalan tersebut menunjukkan, bahawa perancangan kurikulum dapat menjadi suatu proses yang dikawal dan logik, dimana langkah pertama adalah yang paling penting.
Rangka kerja ini besar pengaruhnya di USA, kerana keputusan-keputusan utama mengenai isi kurikulum dibuat oleh dewan pendidikan setempat (tempatan). Dengan rangka kerja ini, awam dapat menilai pekerjaan sekolah dengan membandingkan antara tujuan - tujuan dengan hasil yang dicapai.
Pembangunan kurikulum model Tyler ini mungkin yang terbaik, dengan penekanan khusus pada fasa perancangan. Walaupun Tyler mengajukan model pembangunan kurikulum secara menyeluruh tetapi bahagian pertama dari modelnya (pemilihan tujuan) menerima sambutan yang hangat dari pada pendidikan.Langkah - langkah Pembangunan Kurikulum
Langkah 1: Tyler mengesyorkan, bahawa perancang kurikulum agar menindetifikan tujuan umum (tentative general objectives) dengan mengumpulkan data dari tiga sumber, yaitu: keperluan peserta didik, masyarakat (fungsi yang diperlukan), dan subject matter.
Langkah 2: Setelah mengenal pasti beberapa buah tujuan umum, perancang merifinenya dengan cara menapis melalui dua saringan, iaitu falsafah pendidikan dan psikologi belajar. Hasilnya akan menjadi tujuan pembelajaran khusus dan menyebutkan juga pendidikan sekolah dan falsafah masyarakat sebagi saringan pertama untuk tujuan ini.
Selanjutnya perlu disusun garis-garis besar nilai-nilai yang didapati dan menggambarkan dengan memberi teknan pada empat tujuan demokratik. Untuk melaksanakan penapisan, para peserta didik harus menjelaskan prinsip-prinsip belajar yang baik, dan psikologi belajar membeirkan idea melaksanakan kegiatan secara cekap. Tyler pun menyarankan agar pendidikan memberi perhatian kepada cara belajar yang dapat:
• Membangunkan kemampuan belajar
• Menolong dalam memperoleh maklumat
• Membangunkan sikap masyarakat
• Membangunkan minat
• Membangunkan sikap kemasyarakatan
Langkah 3: menyelaksi pengalaman belajar yang menunjang pencapaian tujuan. Penentuan pengalaman belajar harus mempertibangkan persepsi dan pengalaman yang telah dimiliki oleh peserta didik.
Langkah 4: Mengorganisasikan pengalaman belajar ke dalam unit-unit dan menggambarkan barbagai prosedur penilaian.
Langkah 5: Mengarahkan dan menyusun pengalaman-pengalaman belajar dan mengaitkan dengan penilaian terhadap keefektifitan perancangan dan pelaksanaan.
Langkah 6: Penilaian pengalaman belajar. Penilaian merupakan komponen penting dalam pembangunan kurikulum.
Sehubungan dengan hal tersebut Tyler (1949) memberi amaran agar dibezakan antara kandungan (isi) pelajaran atau kegiatan-kegiatan belajar dengan pengalaman belajar, kerana pengalaman belajar merupakan pengalaman yang diperoleh dan dialami anak-anak didik sebagai hasil belajar dan interaksi mereka dengan kandungan (isi) dan kegiatan belajar. Untuk mengembangkan pengalaman belajar yang mereka peroleh harus bermuara pada pemberian pengalaman para belajar yang direka dengan baik dan dilaksanakan dengan betul. Dari beberapa konsep kurikulum diatas kelihatan bahawa kurikulum dapat dilihat dari segi yang sempit atau dari segi yang luas (sebagai pengalaman yang diperoleh di sekolah atau diluar sekolah).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->