Pages

Ads 468x60px

Saturday 6 July 2013

Idealisme Realisme Materialisme Pragmatisme Eksistensialisme Progresivisme Esensialisme Perenialisme Rekonstruksionisme

Falsafah pendidikan merupakan terapan dari falsafah umum, maka salam membahas falsafah pendidikan akamn berangkat dari falsafah. Dalam arti, falsafah pendidikan pada dasarnya menggunakan cara kerja falsafah dan akan menggunakan hasil-hasil dari falsafah, yaitu berupa hasil pemikiran manusia tentang realiti, pengetahuan, dan nilai.

Dalam falsafah terdapat berbagai mazhab, aliran-aliran, seperti materialisme, idealisme, realisme, pragmatisme, dan lain-lain. Kerana falsafah pendidikan merupakan terapan dari falsafah, sedangkan falsafah beraneka ragam alirannya, maka dalam falsafah pendidikan pun kita akan dapati berbagai aliran, sekurang-kurnagnya sebanyak aliran falsafah itu sendiri.

Brubacher (1950) mengelompokkan falsafah pendidikan pada dua kumpulan yang besar, iaitu falsafah pendidikan "progresif" dan falsafah pendidikan "Konservatif". Yang pertama disokong oleh falsafah pragmatisme dari John Dewey, dan romantik naturalisme dari Roousseau. Yang kedua didsari oleh falsafah idealisme, realisme humanisme (humanisme rasional), dan supernaturalisme atau realisme religius. Falsafah-falsafah tersebut melahirkan falsafah pendidikan esensialisme, perenialisme, dan sebagainya.
Berikut aliran-aliran dalam falsafah pendidikan:
1. Falsafah Pendidikan IdealismeFalsafah idealisme memandang bahawa realiti akhir adalah roh, bukan materi, bukan fizikal. Pengetahuan yang diperolehi melaui pancaindera adalah tidak pasti dan tidak lengkap. Aliran ini memandang nilai adalah tetap dan tidak berubah, seperti apa yang dikatakan baik, benar, cantik, buruk secara fundamental tidak berubah dari generasi ke generasi. Tokoh-tokoh dalam aliran ini adalah: Plato, Elea dan Hegel, Emanuael Kant, David Hume, Al Ghazali.
2. Falsafah Pendidikan RealismeRealisme merupakan falsafah yang memandang realiti secara dualitis. Realisme berpendapat bahawa hakekat realiti ialah terdiri atas dunia fizikal dan dunia rohani. Realisme membahagikan realiti menjadi dua bahagian, iaitu subjek yang menyedari dn mengetahui di satu pihak dan di pihak yang lain adalah adanya realiti di luar manusia, yang dapat dijadikan objek pengetahuan manusia. Beberapa tokoh yang beraliran realisme: Aristotle, Johan Amos Comenius, Wiliam Mc gucken, Francis Bacon, John Locke, Galileo, David Hume, John Stuart Mill
3. Falsafah Pendidikan MaterialismeMaterialisme berpandangan bahawa hakikat realisme adalah materi, bukan rohani, spiritual atau supernatural. Beberapa tokoh yang beraliran materialisme: Demokritos, Ludwig Feurbach.
4. Falsafah Pendidikan PragmatismePragmatisme dipandang sebagai falsafah Amerika asli. Namun sebenarnya berpangkal pada falsafah empirisme Inggeris, yang berpendapat bahawa manusia dapat mengetahui apa yang manusia alami. Beberapa tokoh yang menganut falsafah ini adalah: Charles sandre Peirce, wiliam James, John Dewey, Heracleitos.
5. Falsafah Pendidikan EksistensialismeFalsafah ini memfokuskan pada pengalaman-pengalaman individu. Secara umum, eksistensialisme menekankn pilihan kreatif, subjektifitas pengalaman manusia dan tindakan kongkrit dari keberadaan manusia atas setiap skim rasional untuk hakekat manusia atau realiti. Beberapa tokoh dalam aliran ini: Jean Paul Satre, Soren Kierkegaard, Martin Buber, Martin Heidegger, Karl Jasper, Gabril Marcel, Paul Tillich.
6. Falsafah Pendidikan ProgresivismeProgresivisme bukan merupakan bangunan falsafah atau aliran falsafah yang berdiri sendiri, melainkan merupakan suatugerakan dan perkumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1918. Aliran ini berpendapat bahawa pengetahuan yang benar pada masa kini mungkin tidak benar di masa mendatang. Pendidikan harus terpusat pada anak bukannya memfokuskan pada guru atau bidang muatan. Beberapa tokoh dalam aliran ini: George Axtelle, william O. Stanley, Ernest Bayley, Lawrence B.Thomas, Frederick C. Neff.
7. Falsafah Pendidikan EsensialismeEsensialisme adalah suatu falsafah pendidikan konservatif yang pada mulanya dirumuskan sebagai suatu kritik pada trend-trend progresif di sekolah-sekolah. Mereka berpendapat bahawa pergerakan progresif telah merosakkan standard-standard intelektual dan moral di antara kaum muda. Beberapa tokoh dalam aliran ini: william C. Bagley, Thomas Briggs, Frederick Breed dan Isac L. Kandell.
8. Falsafah Pendidikan PerenialismeMerupakan suatu aliran dalam pendidikan yang lahir pada abad kedua puluh. Perenialisme lahir sebagai suatu reaksi terhadap pendidikan progresif. Mereka menentang pandangan progresivisme yang menekankan perubahan dan sesuatu yang baru. Perenialisme memandang situasi dunia dewasa ini penuh kekacauan, ketidakpastian, dan ketidakteraturan, terutama dalam kehidupan moral, intelektual dan sosio kultual. Oleh kerana itu perlu ada usaha untuk mengamankan ketidakberesan tersebut, iaitu dengan jalan menggunakan kembali nilai-nilai atau prinsip-prinsip umum yang telah menjadi pandangan hidup yang kukuh, kuat dan teruji. Beberapa tokoh pendukung gagasan ini adalah: Robert Maynard Hutchins dan ortimer Adler.
9. Falsafah Pendidikan RekonstruksionismeRekonstruksionisme merupakan kesinambungan dari gerakan progresivisme. Gerakan ini lahir didasarkan atas suatu anggapan bahawa kaum progresif hanya memikirkan dan melibatkan diri dengan masalah-masalah masyarakat yang ada sekarang. Rekonstruksionisme dipelopori oleh George Count dan Harold Rugg pada tahun 1930, ingin membina masyarakat baru, masyarakat yang pantas dan adil.Beberapa tokoh dalam aliran ini: Caroline Pratt, George Count, Harold Rugg.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->