Pages

Ads 468x60px

Friday 3 May 2013

Surat Rasmi Memohon Kerja

25 Jalan Masak,
Taman Bukit Indah,
89007 Keningau,
Sabah.
_________________________________________________________________________


Malaysia Jobs Corporation,
No.8 Tingkat 11,
Bangunan MARA,
89617 Kota Kinabalu,
Sabah.                                                                                                                          12 MEI 2016


Tuan,

MEMOHON PEKERJAAN DI
MALAYSIA JOBS CORPORATION

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Saya Nor Raihanna Ahmad NO K/P : 971021-10-5889 ingin memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang pemasaran . Hal ini kerana saya sangat berminat dan mengimpikan pekerjaan ini. Tambahan pula, sebelum ini saya pernah bekerja sebagai pegawai pemasaran di Syarikat SEDCOVEST selama 2 tahun.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya berhenti kerja sebagai pegawai pemasaran kerana ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) dan kini telah Berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

4. Sehubungan dengan itu, saya telah melampirkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan dalam bentuk resume.

5. Saya amat berharap agar permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat dipertimbangkan. Saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh demi meningkatkan prestasi syarikat. Sekiranya pihak syarikat ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang diri saya, berikut disertakan nombor telefon dan email. No. Tel : 0197234567. Email raihanna@gmail.com .

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

             Raihanna
_________________________
(NOR RAIHANNA AHMAD)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->