Pages

Ads 468x60px

Friday 3 May 2013

Surat Tidak Rasmi Kepada Sahabat

                                                                                                    Sabariah Buyung,
                                                                                                    No. 2 Jalan Masak,
                                                                                                    Taman Malau Tengah,
                                                                                                    89007 Keningau, Sabah.

                                                                                                     12 Mei 2013.


Ke hadapan sahabatku  Soleh Johnson yang berada di New Zealand dengan selamatnya. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Saya di sini juga dalam keadaan sihat walafiat.
Dalam surat saudara yang lepas, saudara ada bertanyakan berkenaan dengan kepelbagaian hasil tangan masyarakat Malaysia. Untuk pengetahuan saudara, Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat majmuk yang membawa bersama kepelbagaian budaya dan hasil tangan yang unik dan menarik. Di sini, saya akan menceritakan beberapa hasil tangan tersebut dan cara membuatnya.
Saudara,
Hasil tangan yang akan saya ceritakan terlebih dahulu ialah anyaman tikar yang diperbuat daripada mengkuang. Mengkuang merupakan tumbuhan dalam keluarga yang sama dengan pandan. Ia tumbuh liar di kawasan lembab dan berpaya. Biasa kita lihat mengkuang tumbuh di tepi-tepi sawah padi, tali air, paya dan sungai. Daun mengkuang berbentuk tirus memanjang dan berduri tajam pada bahagian tepi daun. Mengkuang yang telah dinyah klorofil akan direndam ke dalam air selama 2 malam.Setelah direndam, bilah-bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Bergantung kepada warna yang ingin dihasikan,bilah-bilah mengkuang sekali lagi akan direndam di dalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah-bilah yang pelbagai warna. Tikar yang sudah siap dianyam sangat cantik dan berwarna-warni.
            Seterusnya ialah makanan yang popular iaitu belacan. Belacan diperbuat daripada udang kecil. Proses pembuatannya adalah udang kecil itu diperam sehingga mengeluarkan bau yang tersendiri. Biasanya ia dihidangkan bersama nasi dan dicicah dengan ulam-ulaman kampung seperti pegaga, timun, kacang bendi dan kacang panjang yang dicelur. Bagi penggemar makanan tradisional ini, mereka makan dengan berselera sekiranya dihidangkan dengan belacan.
Akhir sekali ialah kuih tradisional. Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan kuih tradisional. Apatah lagi semasa perayaan-perayaan tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Pelbagai kuih-muih tradisional ini dihidangkan kepada para tetamu seperti Karipap, Kuih Bulan dan Kuih Putumayam. Kuih-muih ini mempunyai rasa yang enak dan tersendiri. Nanti saudara boleh merasa makanan ini apabila datang ke Malaysia.
Saya harap saudara akan datang sendiri ke negara saya untuk merasa dan melihat sendiri hasil tangan dan makanan tradisonal masyarakat Malaysia. Sampai di sini dulu, semoga bertemu lagi di lain lembaran. Sekian dan terima kasih.

                                                                                                                        Sahabatmu,
                                                                                                                      Sabariah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->