Pages

Ads 468x60px

Wednesday, 26 August 2015

Sajak T4 Sang Gembala Kuda


(Mohd Hashim Othman)

MAKSUD Rangkap

Maksud Rangkap 1        
Dia lelaki bergelar perkasa        
dengan cemeti keberanian di tangan        
rembat angkuhnya memacu takut        
menghalau kuda-kuda di padang        
berebutan memburu kandang.

Seorang lelaki gagah/penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti (rotan panjang-alat untuk mengawal kuda) supaya  segera masuk ke dalam kandang.

Rangkap 2          

Rumput dan jerami terhidang          
adalah kanun janji kesetiaan          
dimamah rakus kala lapar          
tak peduli nasib diri setelah kenyang          
jadi tunggangan memburu rakan.

Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan dan akan dimakan oleh kuda ketika lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak sedar dijadikan  tunggangan untuk menjejaki kuda  yang lain.

Rangkap 3        

Dia lelaki punya kuasa        
sesekali suaranya lebih gempita        
daripada ringkik kuda sekandang        
pacuannya diiring seribu keberanian        
meredah onak di rimba perburuan        
meranduk lumpur di paya penindasan        
sambil melibas cemeti durjana        
dia melampar muslihat        
aku penyelamat maruah        
berjuang atas dasar kebenaran        
menentang semua kebobrokan

Penjaga kuda/ sang gembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Dia juga bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun ada juga yang  berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.

Rangkap 4        

Dia lelaki sang gembala kuda        
hanya mengenal pantas tunggangan        
tanpa membaca keletihannya        
dia lelaki sang gembala kuda            
hanya tahu mengejar kehebatan        
tanpa menghitung kesakitannya        
dan kuda-kuda itu ditunggangi        
ditunggangi dan ditunggangi!

Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan.

TEMA

Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan.

PERSOALAN

Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.

Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.

Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.

Persoalan penganiyaan terhadap haiwan-kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.

Persoalan ketegasan dalam memimpin.Persoalan kepatuhan menurut perintah.Persoalan keberanian menempuh cabaran.

BENTUK

1.    Bentuk bebas
2.   Jumlah rangkap - 4 rangkap
Rangkap 1 - 5 baris ayat
Rangkap 2 -5 baris ayat
Rangkap 3 - 11 baris ayat
Rangkap 4 - 8 baris ayat
3.  Jumlah suku kata dalam baris
Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata..  
Rima akhir setiap rangkap
Rangkap 1 – abcdd
Rangkap 2 – abcab
Rangkap 3 – aabcccadecc
Rangkap 4 – abaabacd

GAYA BAHASA

Aliterasi – pengulangan konsonan ‘n’.Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan

Asonansi – pengulangan vokal  ‘a’ Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda·        

Metafora-Contoh : cemeti keberanian,rimba perburuan,paya penindasan

Hiperbola-Contoh: Rembatan angkuhnya memacu takut, Dimamah  rakus kala lapar

Personifikasi-Contoh :Rembat angkuhnya memacu takut

Sinkope – Contoh:
Unsur alam- Contoh:                  
Nada: Sinis

NILAI

Keberanian
Tanggungjawab
Kebijaksanaan
Kepatuhan
Kesetiaan

PENGAJARAN

Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.

Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Kita hendaklah bijaksana dalam membuat sebarang keputusan.

Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.

Kita hendaklah berjuang demi kebenaran.

Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->