Tuesday, 9 June 2015
Manfaat Daun Pandan
Antara pokok WAJIB tanam dirumah. Boleh tanam di tanah, dipasu atau recycle sahaja. Mudah tumbuh, Senang Jaga dan Sukakan air. Banyak kegunaanya seperti :
1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya..
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat..
3. Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging..
4. Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi..
5. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang..
6. Pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil kedalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi..
7. Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman..
8. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment