Pages

Ads 468x60px

Wednesday, 18 March 2015

Penilaian Analisa Jurang VTO/VTE/VTM

Bermula 16 Mac 2015 jam 12 tgh mengubah rutin hidup Sp apabila diberitahu Sp diminta menggantikan seseorang yang menolak vto/vte/vtm yang mana penilaian akan diadakan pada 18 Mac 2015. 2 hari masa untuk menyediakan fail dan eviden dengan 3 NOSS. Sebelum ini Sp memang mahu memohon tetapi terlambat apabila hanya mereka yang memohon tahun lalu sahaja boleh ikut kerana sudah didaftarkan dan telahpun dibayar. Jadi Sp ingatkan tahun depan baru ikut fasa seterusnya. Ini satu tawaran keemasan yang tak boleh dilepaskan begitu sahaja.


Ya Allah.. pd Allah ditadahkan tangan memohon pertolongan. Rakan-rakan lain telah mula membuatnya berbulan atau berminggu lamanya. 2 hari??? Sesungguhnya tiada yang mustahil. Sekiranya Allah kehendaki, semua jadi mudah. Allah juga hadirkan orang-orang membantu bagi meringankan beban. Jadi bermula pukul 12.40 tgh pada 16 Mac mulakan langkah pertama. Bismillah...

Pada 17 Mac jam 10.20pg. Kak Nita datang memberi bimbingan dan tunjuk ajar eviden VTE & VTM. Memang berubah 90% daripada yang sebelumnya. Ada kawan yang dah siap terpaksa buat dan susun semula. Sama seperti Sp. Tapi Sp anggap ini sebagai satu perkongsian yang terlalu bermanfaat sebagai panduan Sp buat fail dan eviden dengan lebih sistematik. Baru faham 80% sebenarnya apa Vto Vte dan Vtm ini. Sebelum ni dengar sahaja. Hihihi..tq kak nita dan kawan-kawan lain atas bimbingan kamu semua. 

Alhamdulillahhhhh...siap fail dan eviden dalam tempoh 2 hari. Walaupun penat dan agak kelam kabut, tapi siap dan Sp letakkan taruhan pada eviden lebih kurang 90%. Yakin juga. Namun Allah bantu lagi apabila Penilai mengatakan akan nilai kami dalam tempoh sebulan dua lagi kerana dia kesuntukan masa dan perlu bergegas ke KK. Penerbangan ke KL pada awal malam ini. Berkesempatan juga mendengar lagi bimbingan Pn. Normah tentang Vto Vte dan Vtm sebelum beliau bertolak balik. Satu kesempatan yang tak boleh dipersiakan. Borang pun dipohon dengan mudah. Kes menggantikan orang jadi memang belum isi borang permohonan sebelum ini. 

Syukurrr lagi sebab Allah beri peluang perbaiki eviden nanti agar lebih sempurna kepada 100% mungkin. InshaAllah... Semua Sp anggap sebagai ada hikmah dan sebab Allah jadikannya sebegini/sebegitu. Syukur berada dalam perhatian Allah selalu.. kini faham tentang Vto Vte dan Vtm 101% :-).. maka nikmat Allah mana lagi yang kamu dustakan ?





















0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->