Pages

Ads 468x60px

Monday, 11 November 2013

"Anniversary" ke-8 sambut dengan doa..

11/11/2013 ; Alhamdulillah..sudah 8 tahun usia perkahwinan ini. Banyak cabaran & rintangan alam rumahtangga dilalui tetapi itulah warna-warni kebahagiaan kami. Suamilah kawan, rakan, sahabat dan segalanya. Indah rasanya bila kita sebagai suami isteri berkongsi cerita, ilmu dan semuanya. Ada perkara yang kita tak boleh kongsi dengan sesiapapun hatta ibu bapa, kawan2, tetapi dengan suami tak ada rahsia langsung dan kita bebas meluahkan segalanya..Alhamdulillah..syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan sehingga kini dan moga hingga ke Jannah..In Shaa Allah...

 
Setiap tahun kami menyambut anniversary bersama dengan cara kami sendiri..pastinya dengan kasih sayang dan doa agar semuanya kekal sejahtera dunia akhirat..Hanya Allah saja yang tahu betapa besarnya kasih sayang dan cinta kami berdua sejak 1994 lagi..Alhamdulillah3...tak sedar sudah 19 tahun berkasih sayang...moga kami tak mensia-siakan nikmat kasih sayang yang Allah kurniakan dunia akhirat..aamiinnn :-)
 
Doaku setiap selesai solat: Ya Allah, selamatkan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkan rezeki yang suamiku cari. Bantulah suamiku di kala aku tidak dapat membantunya. Permudahkan urusannya dunia akhirat. Jauhkan suamiku daripada teringin kepada perkara yang Engkau tegah dan dekatkan suamiku dengan perkara yang Engkau perintah. Jauhkan suamiku daripada sifat2 mazmumah. Jauhkan suamiku daripada segala malapetaka, kejahatan, kekotoran dan penyakit. Jagalah suamiku di mana saja dia berada dan orang2 di sekelilingnya. Lindungilah dia, sesungguhnya Engkaulah sebaik2 pelindung..aamin ya rabbal alamin...
 
Makan2 di Rahmat jua la..;


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->