Kategori Individu Pensyarah KV Keningau. Bukan di seantero dunia yaa..hehehe..malu sebenarnya. Blog SP bukannya terbaik, apatah lagi di alam maya ini. Banyak sangat kekurangan yang perlu diperbaiki. Blog ini sebenarnya diary merangkap catatan SP tentang segala rakaman perjalanan SP di alam sementara ini. Memori2 indah tentang kehidupan akan hilang sekiranya tidak di abadikan kan..? tidak kisahlah jika catatan itu pahit, manis,masam,masin dan sebagainya kerana itulah namanya KEHIDUPAN. Apapun, terima kasih dan Alhamdulillah..sekecil2 nikmat apapun, rezeki Allah..:-)
Tuesday, 26 November 2013
Pemantau Sekolah semasa cuti akhir tahun 2013
Setiap tahun sememangnya SP menjalankan tugas memantau sekolah masa cuti..sama la jua tahun ini. Semoga sekolah sentiasa selamat dan aman sepanjang masa..oleh sebab rumah berdekatan, SP selalu juga dating ke sekolah semasa cuti walaupun tidak bertugas. Banyak kerja dapat dibuat untuk memudahkan tugasan tahun depan :-)
Senarai Pensyarah berpindah pada tahun 2013
Sedihnya apabila telah disahkan 5 orang pensyarah meninggalkan kami kerana berpindah pada tahun 2013 ini. Mereka ialah : En. Sharazi, Pn. Dyg Fauziah, Pn. Hafilah, Pn. Nur Hasanah & Cik Flora Chong..sesungguhnya jasa kalian amat dihargai dan semoga Berjaya di tempat baru..In Shaa Allah...
Sharazi
Hasanah
Flora
Kak Dayang
Kak Hafilah
Monday, 25 November 2013
Saturday, 23 November 2013
Perkahwinan Russilin VS Kuliah Unitar 23-24 November
Hari ini terpaksa memilih lagi sama ada menghadiri perkhawinan sahabat kami Lin yang berkahwin di Tamparuli atau Menghadiri kuliah terakhir semester 2 ini sebelum peperiksaan bulan berikutnya. Hurmm, terpaksa jua memilih untuk berkuliah untuk mengelakkan kehilangan markah latihan dan kehadiran. Sorry la Lin..nanti kami bagi hadiah dan tengok gambar perkahwinan Lin di FB yaa..( Sebenarnya Lin jua terpaksa mengorbankan kuliahnya bersama kami hari ini kerana perkahwinannya berlangsung pada masa yang sama..)
Kuliah 23/11/2013;
Beberapa gambar perkahwinan Lin;
Sambil-sambil melihat gambar perkahwinan sahabatku dari KV Lahad Datu Cgu Shuhada yang berkahwin di Terengganu semalam.cantiknyerr...;)
Kuliah 23/11/2013;
Beberapa gambar perkahwinan Lin;
Perbandingan Ujian Formatif Dan Ujian Sumatif
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar.
Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Ujian ini juga bertujuan Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
Ujian ini dapat dijalankan secara formal,iaitu pentaksiran pensel-kertas yang melibatkan kemahiran bahasa. Dimana murid perlu menguasai kemahiran membaca dan memahami dan kemahiran menulis,ujian lisan adalah terkecuali daripada pentaksiran pensel-kertas ianya hanya melibatkan kemahiran kognitif. Selain itu ujian ini juga dapat dijalankan secara tidak formal iaitu melalui pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan.
Ujian ini juga boleh dibuat secara individu atau dalam kumpulan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar. Ujian ini dapat membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran iaitu melalui aktiviti pemulihan,serta menjalankan aktiviti pengukuhan iaitu melalui aktiviti pengayaan
Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program, iaitu selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan. Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
Ujian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Selain itu tujuan ujian sumarif adalah untuk mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.
Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ujian ini dibuat secara formal ianyan melibatkan ujian pensel-kertas dan lisan. Ujian sumatif dijalankan secara berkumpulan biasanya di suatu tempat yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu ujian ini adalah bertujuan untuk menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai. Ujian ini juga memberikan pengiktirafan kepada pelajar dengan pembahagian sijil, hadiah dan sebagainya.
Wednesday, 20 November 2013
Portfolio oh Portfolio; Semakan Fail Sepanjang Cuti...
Walau cuti tetap kerja tak habis. Tapi inilah namanya kehidupan kan. nikmatnya bekerja :-)
Sebelum cuti, temuduga dilakukan sebagai salah satu cara mendapatkan markah e-prestasi;..
Sebelum cuti, temuduga dilakukan sebagai salah satu cara mendapatkan markah e-prestasi;..
Monday, 18 November 2013
Penyelarasan Fail Portfolio Pengajaran 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)