Taklimat oleh Pegawai dari Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu
Hari ini menghadiri Taklimat Penyerahan Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah di Bilik Ilham selama sejam bermula pukul 9 pagi sehingga 10 pagi. Pada awalnya tertanya-tanya juga mengenai program ini. Hasilnya, bertambah lagi ilmu di dada. Alhamdulillah.. Jom berkongsi ilmu.. :)
" Jika kita seorang penulis, pastinya kita ingin melihat khazanah pemikiran kita berada dalam keadaan selamat, terkumpul, karya-karya jilidan sempurna dipulihara serta diselenggarakan dengan baik serta dapat dikaji atau dikongsi ilmunya oleh generasi akan datang. Masalahnya, bagaimana kita hendak memastikan hasil karya tersebut dalam keadaan sedemikian, pastinya dengan menghantar 3 salinan karya tersebut ke perpustakaan untuk penyimpanan dan pemuliharaan. Hal ini difikirkan sangat perlu memandangkan khazanah pemikiran para penulis yang terkandung menerusi karya-karya mereka ini tidak ternilai harganya serta mampu membina keutuhan rohani sebuah bangsa Malaysia berdaulat dan merdeka."
0 comments:
Post a Comment