Pages

Ads 468x60px

Friday, 3 May 2013

Surat Rasmi Memohon Kerja

25 Jalan Masak,
Taman Bukit Indah,
89007 Keningau,
Sabah.
_________________________________________________________________________


Malaysia Jobs Corporation,
No.8 Tingkat 11,
Bangunan MARA,
89617 Kota Kinabalu,
Sabah.                                                                                                                          12 MEI 2016


Tuan,

MEMOHON PEKERJAAN DI
MALAYSIA JOBS CORPORATION

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Saya Nor Raihanna Ahmad NO K/P : 971021-10-5889 ingin memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang pemasaran . Hal ini kerana saya sangat berminat dan mengimpikan pekerjaan ini. Tambahan pula, sebelum ini saya pernah bekerja sebagai pegawai pemasaran di Syarikat SEDCOVEST selama 2 tahun.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya berhenti kerja sebagai pegawai pemasaran kerana ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) dan kini telah Berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

4. Sehubungan dengan itu, saya telah melampirkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan dalam bentuk resume.

5. Saya amat berharap agar permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat dipertimbangkan. Saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh demi meningkatkan prestasi syarikat. Sekiranya pihak syarikat ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang diri saya, berikut disertakan nombor telefon dan email. No. Tel : 0197234567. Email raihanna@gmail.com .

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

             Raihanna
_________________________
(NOR RAIHANNA AHMAD)

Surat Tidak Rasmi Kepada Sahabat

                                                                                                    Sabariah Buyung,
                                                                                                    No. 2 Jalan Masak,
                                                                                                    Taman Malau Tengah,
                                                                                                    89007 Keningau, Sabah.

                                                                                                     12 Mei 2013.


Ke hadapan sahabatku  Soleh Johnson yang berada di New Zealand dengan selamatnya. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Saya di sini juga dalam keadaan sihat walafiat.
Dalam surat saudara yang lepas, saudara ada bertanyakan berkenaan dengan kepelbagaian hasil tangan masyarakat Malaysia. Untuk pengetahuan saudara, Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat majmuk yang membawa bersama kepelbagaian budaya dan hasil tangan yang unik dan menarik. Di sini, saya akan menceritakan beberapa hasil tangan tersebut dan cara membuatnya.
Saudara,
Hasil tangan yang akan saya ceritakan terlebih dahulu ialah anyaman tikar yang diperbuat daripada mengkuang. Mengkuang merupakan tumbuhan dalam keluarga yang sama dengan pandan. Ia tumbuh liar di kawasan lembab dan berpaya. Biasa kita lihat mengkuang tumbuh di tepi-tepi sawah padi, tali air, paya dan sungai. Daun mengkuang berbentuk tirus memanjang dan berduri tajam pada bahagian tepi daun. Mengkuang yang telah dinyah klorofil akan direndam ke dalam air selama 2 malam.Setelah direndam, bilah-bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Bergantung kepada warna yang ingin dihasikan,bilah-bilah mengkuang sekali lagi akan direndam di dalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah-bilah yang pelbagai warna. Tikar yang sudah siap dianyam sangat cantik dan berwarna-warni.
            Seterusnya ialah makanan yang popular iaitu belacan. Belacan diperbuat daripada udang kecil. Proses pembuatannya adalah udang kecil itu diperam sehingga mengeluarkan bau yang tersendiri. Biasanya ia dihidangkan bersama nasi dan dicicah dengan ulam-ulaman kampung seperti pegaga, timun, kacang bendi dan kacang panjang yang dicelur. Bagi penggemar makanan tradisional ini, mereka makan dengan berselera sekiranya dihidangkan dengan belacan.
Akhir sekali ialah kuih tradisional. Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan kuih tradisional. Apatah lagi semasa perayaan-perayaan tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Pelbagai kuih-muih tradisional ini dihidangkan kepada para tetamu seperti Karipap, Kuih Bulan dan Kuih Putumayam. Kuih-muih ini mempunyai rasa yang enak dan tersendiri. Nanti saudara boleh merasa makanan ini apabila datang ke Malaysia.
Saya harap saudara akan datang sendiri ke negara saya untuk merasa dan melihat sendiri hasil tangan dan makanan tradisonal masyarakat Malaysia. Sampai di sini dulu, semoga bertemu lagi di lain lembaran. Sekian dan terima kasih.

                                                                                                                        Sahabatmu,
                                                                                                                      Sabariah

Kesan-kesan Kemasukan Pendatang Asing Kepada Negara

           Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunanraksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kem tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita. Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Thursday, 2 May 2013

Kursus dan Pertandingan Membina Blog Staf dan Unit KV Keningau 2013

Unit R&D akan menganjurkan pertandingan membina blog dalam dua kategori iaitu kategori individu ( staf ) dan Unit/Panitia. Sebelum bertanding, semua kena tahu bagaimana membina blog dulu kan..?? hehe. Jadi Kursus membina blog diadakan untuk semua staf dalam beberapa fasa. Jom, jadi blogger..!!

Kursus Fasa 1.. :)





Antara hasil kursus membina blog..




Jom Makan!!! Kikkkik~

" Makan bagaikan raja?? hahaaa..~


Nasi Ayam..waddo2..sedapnyerrrr....!

Nasi Goreng Thai Pedas. Baru jumpa di Labuan hari tu..masih terbayang2 kelazatannya..Nyummyy...~


Teh C Special di Sutiah Corner..di Rahmat Cafe pun sodapp...~

Terkini yg sedap ialah Nasi goreng Tomyam Pedas di Kantin KV Keningau. Jom cuba! heee

 ABC Rahmat

Nasi goreng Tomyam dr Rahmat Cafe n Restoran..

Nasi Daging Zerol..

Nasi Jagung Zerol..

Kek untuk Puan Pengetua 2010 lg..diabadikan juga gambar kek yg cantik ini..rasapun sodappp..;p

Big Appleee...!!nyummyyy!

Pentaksiran dan Pemarkahan BM Sem 1 2013

Pentaksiran BM

Borang Pemarkahan

Fail Eviden


Fail Eviden BM

Fail Eviden Matematik

Markah Eviden Sem 1 BM 2013 ( BB,PPN,RF )

BB                                                 RF                                          PPN
Aaron - 91                                  Adriani - 93                             Yasrin - 90                   
Abd. Rahman - 91                      Alona - 89                                Ave - 89
Achley - 85                                Ann - 89                                   Azsrul - 87
Aleeza - 93                                Anis - 88                                  Camelia - 96
Alddie - 87                                Arafah - 96                               Carldiana - 95
Andy - 89                                  Azlina - 90                                Christiana - 84
Boniface - 94                             Dayang - 88                              Dorean - 96
Brainard - 92                             Daphene - 99                            Eldewincy - 88
Callixtus - 96                             Dalila - 88                                 Gwendelyn - 88
Christlye - 93                             Dellyean - 84                            Josvireka - 92
Clarisa - 99                               Elcye - 82                                 Naziah - 88
Clifford - 92                              Elia - 91                                    Nelson - 88
Cyline - 89                                Evlyinnah - 89                           Wahnyunie - 89
Elijah - 88                                 Fatin - 92                                  Diyana - 91
Emily - 93                                 Jefrescika - 93                           Zehha - 93
Eric - 89                                   Jennifer - 96                              Nurshazrina - 86
Harold - 84                               Joen - 92                                  Atika - 87
Helvy - 91                                 Judith - 91                                Iqmah - 95
Iwang - 95                               Syafiqah - 91                             Olyvia - 88
Jaslee - 53                                Syafira - 85                               Sera - 91                         
Jasni - 91                                  Athirah - 88                              Shanda - 93
Lennon - 86                              Hidayah - 88                             Shanonefen - 96
Habib - 88                                Saadah - 85                              Sheline - 94
Faiz - 92                                   Rosmia - 93                              Shirley - 93
Shazmir - 88                             Azila - 88                                  Stephanie - 93
Nicole - 93                               Fatimah - 88                             Suhailah - 87
Rahmad - 90                            Helinda - 79                              Suzanty - 92
Rannyar - 88                            Sulaiha - 92                               Syzreen - 93
Rexly - 86                                Soleha - 77                               Tamara - 86
Roland - 90                              Yvonne - 94                              Tiffany - 91
Roziwell - 94                                                                             Vanessa - 96
Savereli - 98                                                                             Veronica C - 91       
Sullivan - 93                                                                              Veronica J - 92
                                                                                                 Yasmin - 92
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->