Pages

Ads 468x60px

Sunday 21 August 2016

Teks Ucapan Pengarah


Teks Ucapan Aluan Pengarah sempena Perasmian Minggu Kualiti, Inovasi, KV Skills dan Sambutan Bulan Kebangsaan Kolej Vokasional Keningau 2016

Yang berbahagia En. Teo Guan Leck, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara, Yang dihormati, Pn. Noorhayati Hashim@Harun, Timb. Pengarah Akademik KVK, En. Mark Medi, Timb. Pengarah Sokongan Akademik KVK, En. Victor Petrus Gansau, Pegawai Kawasan Yayasan Sabah, En. Suwandy Sundu, Pen. Pegawai Kawasan Yayasan Sabah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua- ketua Program, Ketua-ketua unit, para pensyarah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita dapat berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna ini iaitu Perasmian Minggu Kualiti, Inovasi, KV Skills dan Sambutan Bulan Kebangsaan Kolej Vokasional Keningau 2016.

Hadirin Sekalian,

Sebagai makluman, terdapat 23 Program yang kita laksanakan sempena Minggu tersebut. Termasuklah reka cipta, KV Ken Skills, Perkongsian Alumni dan banyak lagi. Program selama 2 minggu ini diadakan dengan tujuan;

1. Mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam menghasilkan inovasi dan kemahiran dalam diri mereka sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan kelak

2. Memupuk semangat kerjasama dan bersatu hati semua warga KV Keningau dalam melaksanakan tugas

3. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran keusahawanan melalui aktiviti dan seminar yang dianjurkan

4. Membentuk peribadi pelajar yang kukuh jati diri dan spiritual mereka di samping menimbulkan kesedaran tentang kepentingan merancang masa depan

5. Membentuk nilai cinta akan negara dan mempunyai semangat kekitaan dalam membentuk perpaduan dalam masyarakat.

Hadirin sekalian,

Saya ingin berkongsi sedikit data hasil kajian pengesanan yang dilakukan oleh kaunselor 15 KV Rintis yang mana 66% daripada 2273 orang pelajar kohort pertama telah pun mendapat pekerjaan, iaitu seramai 1513 orang. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar KV ini mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi hasil kemahiran yang mereka miliki.

Pelajar KV Keningau pula akan keluar untuk menjalani OJT pada bulan Disember hingga April 2017. Kita mengharapkan pelajar sulung keluaran kita ini melakukan OJT dengan bersungguh-sungguh agar OJT ini menjadi landasan dan pembuktian kemahiran sebagai kemenjadian pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Ingat, imej KV terletak di tangan kita sendiri sebagai warganya.

Dalam kesempatan ini, Saya bagi pihak KV Keningau mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Yayasan Sabah kerana telah memberi sumbangan berupa wang tunai kepada kita untuk menjayakan program ini. Tanpa sumbangan tersebut, memang agak sukar kita memastikan program 2 minggu ini berjalan dengan lancar. Kita mengharapkan agar kerjasama dua hala ini dapat dilanjutkan dalam program-program akan datang.

Saya akhiri dengan serangkap pantun:

Bunga Cempaka mekar di lembah
Tumbuh di bawah pohon berangan
Terima Kasih Yayasan Sabah
Moga hubungan terus berpanjangan.

Sekian, terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->