Pages

Ads 468x60px

Wednesday 24 August 2016

Teks Ucapan TPSA


Teks Ucapan Aluan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik sempena Dialog Kau Ku Sayang Kolej Vokasional Keningau 2016

Yang berbahagia barisan ahli panelEn. Teo Guan Leck, Yang Berusaha, Pn. Noorhayati Hashim@Harun, Timb. Pengarah Akademik KVK, Ketua-ketua Jabatan, Ketua- ketua Program, Ketua-ketua unit, para pensyarah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita dapat berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna ini. Ini merupakan program yang julung kali diadakan di sini. Terima kasih diucapkan kpd barisan Ajk Pelaksana yg tlh berusaha dan bekerja keras utk merealisasikan program seumpama ini. Untuk makluman ahli panel dan tetamu jemputan, program ini diadakan sempena Minggu Kualiti, Inovasi, KV Skills dan Sambutan Bulan Kebangsaan selama 2 minggu dan telah dirasmikan pada hari Isnin yang lepas.

Hadirin Sekalian,

Sebagai makluman, selain daripada program kita pd pagi ini terdapat 23 Program yang kita rancang laksanakan sempena Minggu ini. Sebahagian besarnya telahpun dilaksanakan dengan baik. Antara objektif kita laksanakan dialog ini:

1. Membentuk peribadi pelajar yang kukuh jati diri dan spiritual dalam diri mereka.

2. Melahirkan pelajar yang bebas daripada gejala sosial

3. Memghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan peribadi yang berkualiti

Hadirin anak-anak didik sekalian,

Remaja dan belia merupakan aset  yang sangat penting dan bernilai kepada sesebuah negara. Ini kerana remaja/belia pada masa sekarang merupakan cerminan kepada corak kepimpinan dan gaya hidup masyarakat pada masa akan datang. Jika remaja/belia pada hari ini tidak menjaga keperibadian dan akhlak akan menjejaskan masa depan sendiri dan juga kepada negara di kemudian hari. Oleh itu, saya menyeru kepada anak didik semua agar dapat menjaga tingkah laku dengan baik supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang boleh merosakkan masa depan.

Hadirin sekalian,
Pada pagi ini Pengarah tidak dapat bersama dengan kita kerana beliau menghadiri majlis konvokesyen kali pertama kolej vokasional bagi 15 buah kolej rintis. Seramai 2273 pelajar berjaya bergraduat dan sebanyak 66% atau 1513 daripada mereka telahpun mendapat pekerjaan. Saya sangat berharap agar kesemua pelajar kita pada tahun depan berjaya untuk bergraduat dan mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.

Dikesempatan ini, sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 4 orang ahli panel kita yang sudi datang untuk berkongsi ilmu, pengetahuan, pengalaman dan nasihat yang berguna kepada anak didik di sini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan faedah yang besar melalui program ini.

Sekian, terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->