Pages

Ads 468x60px

Tuesday 24 December 2013

SubahanAllah! Ikan Tamban naik ke darat di Lahad Datu

Gempar dan heboh di daerah Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan bahawa kejadian ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut.
 



 

ikan tamban lahad datu Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Terungkai

Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996. Kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam….
 
VIDEO Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Pantai Pulau Tambisan Lahad Datu, Sabah

Jawapan Ketua Kampung di Tanjung Labian Tentang Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu

“Sekarang musim ikan tamban memang banyak, Kejadian tu hanya dari spesis ikan tamban sahaja dan memang akan berlaku apabila musim ikan spesis itu tiba. Cuaca di Lahad Datu buat masa sekarang baik. Kejadian sebegini telah berlaku beberapa kali dalam bulan ini.”
 
Apa yang kita dapat lakukan cuma berserah kepada Allaah kerana hanya DIA yang lebih Mengetahui..Ya Allah, selamatkan dan lindungi negeri kami dari semua melapetaka. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung...

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->