Pages

Ads 468x60px

Friday, 19 April 2013

Kursus Dalaman e-splg Vs In-house Penataran Jabatan Pendidikan Umum

Petang ini semua Pensyarah Jabatan Pendidikan Umum akan mengikuti Kursus Dalaman e-splg di Bilik Ilham KV Keningau. Di samping itu, in-house Penataran JPU juga diadakan pada masa yang sama. Begitu juga dengan amanat Pengarah KV Keningau. Sambil menyelam minum air kan..?? :)

Majlis Perpisahan Ust Zaki & Syardian




 
















Thursday, 18 April 2013

Tuesday, 16 April 2013

Bengkel KIK -Menara Perbadanan Labuan 2013

Objektif kursus : Meningkatkan kefahaman dalam membantu kejayaan kumpulan KIK, mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai fasilitator, ketua dan ahli kumpulanyang berkesan, membangunkan kumpulan KIK yang efektif, dan mempraktikkan kemahiran kerja berkumpulan dalam pelaksanaan projek KIK. Kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif ),terdiri daripada 5-12 orang ahli, tetapi paling efektif 7 orang. Alat "OKAYOKI" dicipta bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh manusia. Objektif utama KIK ialah menyelesaikan sesuatu masalah sehingga 'zero-defect' - Sehingga tiada lagi masalah secara total. Kumpulan KIK sebenarnya adalah kumpulan KMK di sesuatu jabatan.  Projek yang dipilih mestilah bertujuan sama ada peningkatan hasil, peningkatan kepuasan pelanggan dan pengurangan kos operasi. Projek juga dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang lebih cepat berbanding dahulu KMK (lebih 6 bulan), kitaran produk dihasilkan semakin singkat, teknologi semakin canggih dan yang lebih utama persaingan yang semakin sengit..
Perbincangan kumpulan KIK

Latihan dalam kumpulan..

Monday, 15 April 2013

Coretan Semangat & Doa buat Kak Dyg & Cg.Muji

Allah, kuatkanlah hati dan semangat Kak Dyg & Cg. Muji..mereka adalah insan yg sangat2 kami hormati sayangi dan kasihi..Kejadian mengejutkan ini menyedarkan kita bahawa bila Allah mau kita sakit, atau apa-apa pun. Kun fayakun, tetap kita tak boleh elak. Dugaan memang menimpa kita setiap masa. cuma yang pentingnya ibrah yang kita kena ambil sebagai iktibar di masa depan…kalau kita perasan lagi byk kita diuji lagi dekat kita dengan Allah dan DIA memang amat merindui tangisan keinsafan hamba-hambaNya..Allah takkan bagi kita ujian yang kita tak mampu hadapi kan?

" Ya Allah Ya Salam, sembuhkanlah Cikgu Muji daripada penyakitnya. Ya Allah berikanlah Cikgu Muji & Kak Dyg kekuatan untuk menghadapi setiap ujianMu. Ya Allah, Ampunkanlah segala dosa-dosa mereka. Ya Allah, Jadikan mereka setabah dan semulia Nabi Daud a.s & Fatimah Az-Zahra..Semoga Engkau gantikan penderitaan dan kesedihan mereka dengan kesenangan & kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Kasihanilah mereka Ya Allah Yang Maha Mengasihani. Sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan izinMu jua. Sembuhkanlah Cikgu Muji. InsyaAllah..InsyaAllah..InsyaAllah..Ya samad..ya samad..ya samad...Amin ya rabbal alamin.."

Tika ini rasa Sayang & Rindu sangat dgn Kak Dyg..huhuhuu

Surah 29, Surah al-‘Ankabut (Labah-labah) : 69 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
 29-1:  Alif, Lam, Mim.
29-2:  Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
29-3:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta. 
29-4:  Atau, apakah mengira orang yang mengerjakan kejahatan itu bahawa mereka akan mendahului Kami (Allah)? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.
29-5:  Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya janji Allah itu pasti datang. Dan Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
29-6:  Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam. 
29-7:  Dan orang yang beriman dan beramal salih, benar-benar akan Kami (Allah) hapuskan daripada mereka dosa-dosa mereka, dan benar-benar Kami (Allah) berikan mereka balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.


* Dua jam selepas artikel ini ditulis, Cikgu Muji kembali ke rahmatullah..Sesungguhnya Allah lebih sayang kepada arwah..rasa sangat kehilangan. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

Labuan Mari... :)

15-18 April ne berada d Labuan bersama 7 org kawan pensyarah..herm, baru kali ke-2 mnjejakkan kaki ke sini. Org lain mungkin dah beribu kali. Hohooo..kali pertama awal thn ne jgk semasa menyertai rombongan 40 pensyarah KV Keningau menjalankan benchmarking di KV Labuan..masa datang pertama kali tu naik 'speed boat' pergi dan balik. Kali kedua ne x mau naik 'speed boat' lagi. trauma!! hahaa..akhirnya kami naik feri yang mengambil masa 2 jam untuk sampai. Tapi tambangnya murah sangat - hanya RM1.50. Semua orng kelaparan tahap gaban. Hohoo..dan baliknya naik Feri Express Rajawali yg sangat selesa dengan tambang hanya RM11 untuk 'business class' tingkat atas dan RM7 untuk tingkat bawah ...berada d sini pstinya mnjanjikan syurga coklattt!! habis beratus pun rasa berbaloi..bukannya selalu dpt datang..hehee..awesome! :p.

Antara tempat menarik di Labuan. Tapi, tak terpergi pun..hehee~

Gambar sekitar perjalanan ke Labuan ;




 
Feri yang kami naiki


Sempat berjumpa dengan Wifred, pelajar kami tahun 2008-2009 di Menumbok

Pemandangan indah apabila sampai di Labuan pada waktu senja


Tempat berkursus iaitu Menara Perbadanan Labuan. Memang selesa.. :)

Pemandangan belakang bangunan Perbadanan Labuan dari Tingkat 11


Feri Express Rajawali

Pembelian tiket dgn Rajawali.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->