Dialog ini akan diadakan pada 29 Jun 2013 ( Sabtu ) di dewan Auditorium Perpustakaan Wilayah Keningau.
Kronologi perbincangan dan taklimat program :
Taklimat oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti mengenai dialog pada April 2013;
Perjumpaan bersama KJ pada 27 Mei 2013;
Perjumpaan bersama KJ siri II pada 10 Jun 2013;
Perhimpunan pada 10 Jun 2013;
Sebelum Majlis ini berlangsung, banyak persediaan yang kami terpaksa buat demi kelancaran majlis itu nanti. Sebagai contoh, JK Pendaftaran yang diketuai oleh SP sendiri , Juruacara dan JK Sijil & Cenderahati telah mengadakan mesyuarat/perjumpaan pada 26/6/2013 di Bilik Guru;
Persediaan JK Pameran juga diadakan di UBK..
Surat kepada komuniti dan tentatif program;
Persediaan Dewan Auditorium pada 28 Jun 2013
Majlis Dialog pada 29 Jun 2013
Sangat mengharukan apabila seorang ibu datang mengendong bayinya. Rezeki ibu itu apabila mendapat cabutan tiket bertuah. Pengarah datang sendiri kepadanya untuk memberikan hadiah tersebut. Komitmennya sangat tinggi untuk menghadiri majlis dialog ilmu seperti ini. Kalaulah semua orang sepertinya, alangkah indahnya hidup ini.. :-)
Sudut Pameran
Makanan untuk semua peserta
Secara keseluruhannya, program ini sangat berjaya kerana mendapat sambutan di luar dugaan kami. Pada mulanya kami menjangkakan kemungkinan 300-400 orang yang akan hadir. Namun, mengejutkan jumlah hadirin adalah 520 orang.. Alhamdulillah......semoga bermanfaat.
**********************************************************************************
Imbas kembali tahun 2012, Menghadiri Konsolidasi Pendidikan Teknik & Vokasional di Pusat Pentadbiran Putrajaya Kota Kinabalu anjuran SMT Likas ;