1. Silir Daksina. Novel ini memenangi tempat kedua
pertandingan novel remaja HSKU 2009 hasil tulisan saudara Nizar Parman. (klik sini untuk ke blog
beliau)
2. Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja,
(harus untuk pemenang HSKU antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan adalah watak
utamanya ialah seorang remaja) bernama Haiqal Haqimi. Hidup bersama ibu dan ayah
tirinya.
3. Suatu hari didatangi sebuah manuskrip lama yang
di dalamnya terdapat tulisan-tulisan arwah ayah kandungnya. Teruja dengan
kandungan manuskrip lama itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Johor Bahru.
4. Keputusan beliau untuk ke Johor untuk mencari
arwah ayah kandungnya telah mendapat tentangan daripada ibunya. Ibu Haiqal
melarang anaknya ke Johor atas sebab-sebab tertentu yang saya kurang jelas. Apa
yang di beritahu hubungan ibu dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia
sehingga berpisah dan ibunya membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala
Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan, tinggal kesepian di Johor Bahru.
Kesepian keseorangan dan kerinduan kepada anaknya, Haiqal Haqimi.
5. Namun keputusan Haiqal telah bulat walaupun
ibunya melarang keras dia ke Johor Bahru. Ibunya tidak mahu Haiqal mengikuti
jalan hidup Abdullah bin Kayan.
6. Sesampai di kampung arwah ayahnya, Haiqal
disambut dengan mesra oleh penduduk kampung di sana kerana Abdullah bin Kayan
ini seseorang yang disegani di situ. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui
mengenai arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk-penduduk kampung di
situ.
7. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di
dalam novel ini. Watak Abdullah Kayan dijadikan sumber untuk menyampaikan
mengenai tarian seni zapin ini. Watak ini juga diceritakan sebagai seorang yang
mencintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Dan semenjak ayahnya meninggal dunia kampung tersebut kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin dan sastera di kampung itu. Maka semuanya sepi
setelah pemergian Abdullah Kayan.
8. Kedatangan Haiqal ke kampung tersebut telah
berjaya membuka kembali perhatian dan semangat penduduk kampung terhadap seni
zapin ini. Dan cerita seterusnya adalah tentang Haiqal berusaha mengenali arwah
ayahnya di kampung tersebut.
0 comments:
Post a Comment