Tompok & Grey adalah nama kucing kami yang comel. Tapi, Tompok yang berwarna putih hilang entah ke mana..huhuu..moga tompok kembali ke pangkuan kami..
Monday, 18 November 2013
Saturday, 16 November 2013
Balik Kg Cuti Sekolah
Bila cuti, balik kampung jenguk mak ayah rasa sayu dihati..rindu sebelum ini di kala kejauhan terubat sedikit walau sekejap cuma. Apa yang penting rasa kasih pada mak ayah tak dapat dinilaikan oleh apapun. bila balik kampung, ada saja perubahan yang mendapat tempat dihati. ikan di kolam ayah rupanya sudah besar..bunga2 indah menyerikan laman.. Alhamdulillah mak ayah sihat walafiat walau kudratnya semakin berusia..hanya Allah yang diharapkan menjaga mak ayah setiap saat dan ketika. Allahlah sahaja tempat mengadu dan sebaik2 tempat memohon perlindungan..
Ya Allah, jagalah mak dan ayah selalu; ampunkan dosa2 mereka, kasihani mereka, tutuplah aib mereka, angkatlah darjat mereka, bahagiakan mereka dunia akhirat dan masukkan mereka dalam syurgaMu tanpa hisab..aamin ya rabbal alamin..
Cuti dah bermula!
16/11/2013 - Bermulanya cuti sekolah untuk tahun ini. Selamat bercuti semua kawan2 pensyarah & anak2 didik sekalian..Masa cuti gunakan dengan bermanfaat dan berkualiti bersama insan2 tersayang k..Maaf zahir batin atas segala salah silap sepanjang tahun ini..bagi SP, cuti ni banyak kerja yang perlu dibereskan dengan tenang tanpa dikejar dengan macam2 kerja lain. yalah, masa sekolah banyak kerja dilakukan serentak tapi masa cuti sekolah ni buat kerja juga. dengan tenang dan boleh siapkan satu-persatu..SP memikirkan apa kerja yang boleh dilakukan untuk memudahkan kawan2 bekerja tahun depan. Fikiran macam2 ada.. moga kita menjadi orang yang sentiasa memudahkan orang lain, bermanfaat dan disukai mereka atas sebab kebaikan. SP sentiasa berdoa agar menjadi hambaNya yang baik. Jika kita menjadi hamba Allah yang baik, In Shaa Allah..semuanya akan menjadi baik.! :-)
Friday, 15 November 2013
Tuesday, 12 November 2013
Taklimat Penyelarasan Pemarkahan E-Prestasi
Sebelum penilaian, taklimat diadakan untuk memastikan semua penilai dapat memberi markah yang selaras dengan prestasi pegawai yang dinilai berdasarkan kriteria penilaian..taklimat diadakan oleh Ketua Jaminan Kualiti En. Nadzim dengan perbincangan bersama..Sijil pelantikan turut diberikan kepada semua penilai;
Penilaian akhir Sem Pendek 2013
Penilaian akhir sem pendek telah dijalankan pada 12 November 2013. Semua pelajar mengambil 4 kertas penilaian akhir modul keselamatan di tempat kerja, Struktur Organisasi, Bekerja dalam sistem dan Etika bekerja. Taklimat oleh unit penilaian dan pentaksiran semasa perhimpunan hari sebelumnya;
Taklimat
Subscribe to:
Posts (Atom)