Saturday, 2 November 2013
Kuliah 2 Nov Vs Dinner Staf di Beringis Resort
Kos Lepas. Masa sekolah menengah dahulu belajar ekonomi belajar tentang kos lepas. Sudah selalu mengalami sebenarnya bila terpaksa memilih. Tapi hari ini kena memilih lagi. Kuliah @ Dinner? Bertolak naik bas untuk dinner yang julung-julung kali diadakan di luar Keningau jam 3 ptg ini. Ada kawan-kawan sanggup pergi keduanya walaupun kuliah habis jam 5 ptg. Keluar awal - dinner - balik ke Keningau dalam jam 10 @ 11 malam. Esok pagi-pagi kuliah lagi. Penat terasa jika pergi keduanya. Jadi memilih untuk tidak menyertai dinner pada tahun ini. Suami pulak ke Tawau sejak Kelmarin..kalau dinner di Keningau mungkin tak perlu memilih Apapun, tetap menyokong kawan-kawan. go go go!!!..apa boleh buat, pasti ada hikmahnya tak dapat pergi kan..Wallahualam~
Kuliah 2 Nov;
Sambil-sambil isi Hrmis.. hehe
Friday, 1 November 2013
Dinner bersamanya :)
Dinner dulu sebelum berpisah esok..hehe..berpisah kerana menjalankan tugas rasmi ke Tawau..;
Dah nak abis baru berkesempatan ambk gambar..nasib2..ehehe
Menangisi Kepergian Cikgu Tersayang..:-(
" Sir, tolongla jgn pindah sir. Ramainya cgu mninggalkn kmi d sini. Cgu yg suda pndah ndak balik lg ke cne. tgok ust Hilmi Mohaamed nda dtg2 lg tgok kmi.." Kata Syafiq sambil menangis. Pelbagai kata manis kami berikan untuk memujuknya, terutama cgu Sharazi yang akan mula melapor diri bertugas di ILP Marang Terengganu pada 17 November ini, tetapi dia terus menangis. Biasalah, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Cepat atau lambat Allah saja yang mengetahui. Sedih, pilu, terkilan rasa hati berpisah dengan kawan-kawan hanya Allah saja yang memang tahu..walau apapun, SP sentiasa mendoakan kawan-kawan. Sudah rezeki mereka di tempat baru. Perancangan Allah adalah yang terbaik...
Audit dalaman 5S untuk Bilik GKMP & Bilik Eviden
Debaran Pensijilan 5S 2013 semakin terasa. Sebelum pensijilan, semua kawasan perlu menepati kriteria pengauditan 5S seperti yang telah ditetapkan oleh MPC. Pengauditan 5S Zon Meranti diadakan pada hari khamis oleh En. Sharazi & En. Mumin;
Perbincangan dengan PIC Bilik Eviden
Perlu susun dan sisih..
Juruaudit sedang memberi markah dan komen...
Subscribe to:
Posts (Atom)