Wednesday 26 August 2015
Sajak T4 Sang Gembala Kuda
(Mohd Hashim Othman)
MAKSUD Rangkap
Maksud Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Seorang lelaki gagah/penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti (rotan panjang-alat untuk mengawal kuda) supaya segera masuk ke dalam kandang.
Rangkap 2
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan dan akan dimakan oleh kuda ketika lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk menjejaki kuda yang lain.
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan
Penjaga kuda/ sang gembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Dia juga bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun ada juga yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan.
TEMA
Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan.
PERSOALAN
Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
Persoalan penganiyaan terhadap haiwan-kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.
Persoalan ketegasan dalam memimpin.Persoalan kepatuhan menurut perintah.Persoalan keberanian menempuh cabaran.
BENTUK
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
Rangkap 1 - 5 baris ayat
Rangkap 2 -5 baris ayat
Rangkap 3 - 11 baris ayat
Rangkap 4 - 8 baris ayat
3. Jumlah suku kata dalam baris
Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata..
Rima akhir setiap rangkap
Rangkap 1 – abcdd
Rangkap 2 – abcab
Rangkap 3 – aabcccadecc
Rangkap 4 – abaabacd
GAYA BAHASA
Aliterasi – pengulangan konsonan ‘n’.Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan
Asonansi – pengulangan vokal ‘a’ Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda·
Metafora-Contoh : cemeti keberanian,rimba perburuan,paya penindasan
Hiperbola-Contoh: Rembatan angkuhnya memacu takut, Dimamah rakus kala lapar
Personifikasi-Contoh :Rembat angkuhnya memacu takut
Sinkope – Contoh:
Unsur alam- Contoh:
Nada: Sinis
NILAI
Keberanian
Tanggungjawab
Kebijaksanaan
Kepatuhan
Kesetiaan
PENGAJARAN
Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Kita hendaklah bijaksana dalam membuat sebarang keputusan.
Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.
Kita hendaklah berjuang demi kebenaran.
Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment