Pages

Ads 468x60px

Saturday 14 March 2015

Seadanya Dia


SEADANYA DIA  ( PN. SITI AISA HJ. MAIDIN )

 
Lirik dihujung matamu,

Membahagiakan..

Senyum di tepi bibirmu,

Menenangkan..

Dengar teliti telingamu,

Mendamaikan..

 

Derap langkah kakimu,

Menaikkan semangat..

Lembut belai tanganmu,

Menambahkan Selamat..

Bijaksana di tajam akalmu,

Meningkatkan Martabat..

 

Menangis dalam jiwa merintih,

Sedih dalam dada merayu,

Takdir memiih engkau untuk pergi

Tap jiwa enggan berpisah!

Tak mahu kehilangan!

Cuba untuk memujuk pedih di hati,

Walau cuba untuk meluah sebaiknya,

Tetap tak terluah dengan kata-kata,

Hanya Yang Esa lebih mengetahui,

 

Kasih sayangmu indah buatku,

Bimbingan dorongan amanatmu,

Bertakhta di sudut hatiku,

Berjasa bukan kerana gagah.

Berjuang bukan kerana kuat.

Tapi semua sedar dalam diam

Dalam sujud berdoa,

Tafakur bersimpuh di hadapan Pencipta

Bersyukur pernah mengenali engkau..

 

Bayanganmu akan selalu menghantui,

Mengingatkan yang alpa,

Membangkitkan yang lena,

Menyedarkan yang leka,

Walau ragamu jauh,

Ingatan baik kekal terpatri,

 

Berehatlah baik-baik Matahariku,

Sinarmu akan terus gemilang,

Alir ilmu yang telah kau semaikan,

Pastinya kukuh  tersemat,

Pada bahu-bahu legasi yang kau tinggalkan,

Takkan hilang, abadi dan bermanfaat,

Sampai akhirat..

 

Semoga kita bersyukur,

Kerana harga engkau terlalu bernilai..

Demi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,

Bahagiakan dia..bahagiakan dia selamanya..

 

 Luahan sepenuh hati;

Izz Purple

Bilik Ilham, KV Keningau

 

14 Februari 2015

11.30pagi

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

:-)

:-)

Lalalalaaaa~

Sample text

Comel


:-)

Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013 DiarykuPurple
Blog Diarykupurple tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini. Semoga bermanfaat.

Hohohooo~

SHOUT BUSUK : Start !-->